Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pada hari Selasa, media Turki melaporkan bahawa tentera Turki telah menempatkan sejumlah kereta kebal dan kelengkapan ketenteraan di kawasan yang terletak berhampiran dengan sempadan Iraq.
Menurut badan penyiaran CNNTurk dan NTV, sejumlah kereta kebal dan kereta perisai dilaporkan telah bergerak dari wilayah tengah Turki menuju ke daerah Silopi dan Sirnak yang mana kedua-duanya terletak di dalam wilayah Sirnak.
Pada 4 Disember lalu, Turki telah menghantar kira-kira 150 anggota tentera dan 25 buah kereta kebal ke utara Iraq dalam rangka memerangi kumpulan Takfiri Daesh.
Rentetan daripada peristiwa itu, perdana menteri Iraq, Haider Abadi dengan lantang menuntut Turki supaya mengundurkan tenteranya dari kem Bashiqa sambil menegaskan bahawa tindakan Turki itu tidak mendapat sebarang kelulusan daripada Baghdad.
Pada 17 Oktober lalu, perdana menteri Iraq, Haider Abadi telah mengumumkan permulaan operasi ketenteraan untuk membebaskan Mosul daripada cengkaman kumpulan pengganas Daesh.
Menurut media tempatan, kira-kira 30,000 tentera Iraq dan 4,000 pejuang Peshmerga Kurdish mengambil bahagian dalam operasi itu. Ankara telah menyuarakan hasrat untuk mengambil bahagian di dalam operasi tersebut. Hasrat Turki itu bagaimanapun ditentang keras oleh Baghdad.
Ankara telah menyuarakan hasrat untuk mengambil bahagian di dalam operasi bebaskan Mosul.
Turki Tempatkan Sejumlah Besar Kereta Kebal Berhampiran Sempadannya Dengan Iraq.
1 November 2016 - 15:53
News ID: 789199
Pada hari Selasa, media Turki melaporkan bahawa tentera Turki telah menempatkan sejumlah kereta kebal dan kelengkapan ketenteraan di kawasan yang terletak berhampiran dengan sempadan Iraq.